Pages

Kalau anda suka, anda like

Friday, February 18, 2011

50 Fakta Menarik Tentang Lelaki dan Perempuan

50?? Banyaknya... Takpe, ambil masa sedikit untuk baca sebab seronok tau tahu pasal lelaki dan perempuan ni...


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit berbanding dengan lelaki dan rata-rata berat otak lelaki 1.4kg lebih berat daripada wanita.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat memikirkan masalah dan perubahan sehari-hari.

9. Pada tulang pinggul manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses bersalin. Wanita lebih banyak timbunan lemak pada punggung, manakala lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita sehingga ekspresi perasaan wanita lebih mudah terjadi berbanding lelaki.

12. Wanita lebih baik indra bau nya disebabkan tinggi hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecam rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.

15. Lelaki dua kali lebih banyak hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan.

16. Wanita cenderung homoseksual lebih dari dua kali pada usia 45 tahun daripada lelaki.

17. Pada saat usia tua, wanita mengalami keguguran rambut, pada masa yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan lens, antara usia 16-44tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita, sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki.

21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32 tahun, wanita pula pada usia 37 tahun.

22. Lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30% lebih besar.

23. Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk diantara ruang jarak perbicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Jika berjalan pada tempat awam, lelaki sering menghadapkan tubuhnya kearah wanita yang keluar dengannya, wanita pula cenderung membalikkan badan dan secara tidak sedar meletakkan tangan di dadanya untuk melindungi bahagian dadanya.

25. Wanita menghasilkan 2 juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dalam kandungan, lelaki pula menghasilkan spermanya sehingga tua.

26. Kekuatan tangan lelaki untuk meramas adalah 2 kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48% lelaki berdengkur semasa tidur, hanya 22% wanita sahaja yang berdengkur.

28. Wanita biasanya mengambil masa 153 saat berada di dalam tandas berbanding lelaki hanya 113 saat sahaja.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup : 62% wanita, 49% lelaki.

30. 1/4 wanita gagap apabila bercakap berbanding lelaki.

31. 30% wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur sapa antara sesama jenis, lelaki terus menemui, wanita pula menjauhi.

34. Lelaki membaca lebih lama berbanding wanita, tetapi wanita membaca dua kali lebih banyak berbanding lelaki.

35. Wanita dua kali ganda hidup sendiri berbanding dengan lelaki selepas usia 65 tahun.

36. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, wanita pula lebih banyak memilih warna biru.

37. Semua rekod Olympic untuk paling cepat berenang, lompat tinggi, lompat jauh dipegang oleh atlet lelaki.

38. Wanita banyak menggunakan kata ganti nama diri "saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik membaca peta dalam mengukur ruang. lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua kerja dalam waktu yang sama.

40. 99% pereputan tulang terjadi pada wanita selepas menopause, setelah hormon estrogen menurun. tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah kholestrol naik.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali ganda banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

42. Perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, berbanding wanita pada usia yang sama.

43. Lebih banyak wanita menyatakan dirinya sakit kronik berbanding lelaki.

44. Penelitian di Australia, lelaki tiga kali ganda meninggal kerana cancer paru-paru dan penyakit jantung berbanding wanita.

45. Tetapi 2446 wanita meninggal dunia pada tahun 1990 kerana cancer payudara berbanding 16 lelaki.

46. Dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup, tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, 86% pembunuhan dilakukan lelaki, dan 95% penghuni di penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di Endland, anak lelaki mudah dibohongi daripada anak perempuan.

49. Lebih daripada 55% wanita memeriksa giginya secara rutin berbanding 40% lelaki sahaja. Ini menunjukkan wanita lebih berani.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pemakaian yang dipakainya.


4 comments:

  1. fakta 48.. betul ke kat england je ? apasal rase macam semua tmpt mcm tuh ? hihihihihi

    ReplyDelete
  2. huhu...org england je yg dah kaji kot...negara lain lom lagi..tapi semua tmpt same je kot..huhu..

    ReplyDelete
  3. hm...ni mesti berdasarkan pengalaman ni...hehe....

    ReplyDelete