Pages

Kalau anda suka, anda like

Wednesday, February 23, 2011

Suami Sewa

KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing.

Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa.

Sumber Jabatan Imigresen berkata, bilangan pasangan suami isteri kahwin olok-olok terbabit dikesan bertambah selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati kebanyakan suami warga tempatan dibayar RM300 hingga RM1,000 sebulan oleh isteri dikahwini itu.

Menurutnya, kebanyakan wanita warga asing itu menjadikan perkahwinan dengan warga tempatan sebagai lesen untuk menjalankan kegiatan maksiat di negara ini tanpa bimbang diberkas pihak berkuasa atau dihantar pulang ke negara asal.


“Pelacur atau GRO yang ditahan biasanya akan memberi alasan sudah berkahwin dengan lelaki tempatan melalui prosedur sah membolehkan mereka diikat jamin suami masing-masing.

“Bagaimanapun, pasangan ini biasanya tidak tinggal serumah sebaliknya si suami akan muncul sekiranya wanita warga asing terbabit menghadapi masalah atau ingin memperbaharui pas lawatan isteri yang perlu dibuat setiap tahun dengan bayaran RM90 setahun,” katanya.

Beliau berkata, mengikut undang-undang imigresen, wanita yang berkahwin dengan lelaki tempatan dibenarkan tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan itu. Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk menjadi warga negara selepas lima tahun bermastautin di Malaysia.

“Jika permohonan mereka diluluskan JPN, wanita terbabit akan diberikan kad pengenalan merah. Bagaimanapun, proses terbabit bukan mudah dan tidak semua akan dibenarkan menjadi warga negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menyedari taktik digunakan wanita warga asing terbabit terutama membabitkan GRO atau pelacur kelas atasan warga China.

Menurutnya, lelaki tempatan terbabit seolah-olah dijadikan hamba duit oleh wanita warga asing itu apabila dijanjikan dengan habuan wang bulanan sekiranya setuju nama mereka dipinjamkan.

..:: Ini sebahagian berita yang diambil daripada surat khabar metro. Macam-macam ragam manusia sekarang ni kan.. Apa pendapat anda?.. ::..

(sumber daripada surat khabar Metro)

nak tahu berita penuh?..

Click link ni.. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GROsewasuamiRM1_000sebulan/Article/index_html

Saturday, February 19, 2011

Matluthfi90


Mesti ramai yang penah tengok video ni kan...Rupa-rupanya banyak lagi video yang dia upload.Semuanya best-best..


Ni video yang agak baru juga dia buat...Kelakar...

Kalau nak tengok banyak lagi video dia, jom tekan SINI

Friday, February 18, 2011

50 Fakta Menarik Tentang Lelaki dan Perempuan

50?? Banyaknya... Takpe, ambil masa sedikit untuk baca sebab seronok tau tahu pasal lelaki dan perempuan ni...


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit berbanding dengan lelaki dan rata-rata berat otak lelaki 1.4kg lebih berat daripada wanita.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat memikirkan masalah dan perubahan sehari-hari.

9. Pada tulang pinggul manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses bersalin. Wanita lebih banyak timbunan lemak pada punggung, manakala lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita sehingga ekspresi perasaan wanita lebih mudah terjadi berbanding lelaki.

12. Wanita lebih baik indra bau nya disebabkan tinggi hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecam rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.

15. Lelaki dua kali lebih banyak hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan.

16. Wanita cenderung homoseksual lebih dari dua kali pada usia 45 tahun daripada lelaki.

17. Pada saat usia tua, wanita mengalami keguguran rambut, pada masa yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan lens, antara usia 16-44tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita, sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki.

21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32 tahun, wanita pula pada usia 37 tahun.

22. Lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30% lebih besar.

23. Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk diantara ruang jarak perbicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Jika berjalan pada tempat awam, lelaki sering menghadapkan tubuhnya kearah wanita yang keluar dengannya, wanita pula cenderung membalikkan badan dan secara tidak sedar meletakkan tangan di dadanya untuk melindungi bahagian dadanya.

25. Wanita menghasilkan 2 juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dalam kandungan, lelaki pula menghasilkan spermanya sehingga tua.

26. Kekuatan tangan lelaki untuk meramas adalah 2 kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48% lelaki berdengkur semasa tidur, hanya 22% wanita sahaja yang berdengkur.

28. Wanita biasanya mengambil masa 153 saat berada di dalam tandas berbanding lelaki hanya 113 saat sahaja.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup : 62% wanita, 49% lelaki.

30. 1/4 wanita gagap apabila bercakap berbanding lelaki.

31. 30% wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur sapa antara sesama jenis, lelaki terus menemui, wanita pula menjauhi.

34. Lelaki membaca lebih lama berbanding wanita, tetapi wanita membaca dua kali lebih banyak berbanding lelaki.

35. Wanita dua kali ganda hidup sendiri berbanding dengan lelaki selepas usia 65 tahun.

36. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, wanita pula lebih banyak memilih warna biru.

37. Semua rekod Olympic untuk paling cepat berenang, lompat tinggi, lompat jauh dipegang oleh atlet lelaki.

38. Wanita banyak menggunakan kata ganti nama diri "saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik membaca peta dalam mengukur ruang. lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua kerja dalam waktu yang sama.

40. 99% pereputan tulang terjadi pada wanita selepas menopause, setelah hormon estrogen menurun. tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah kholestrol naik.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali ganda banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

42. Perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, berbanding wanita pada usia yang sama.

43. Lebih banyak wanita menyatakan dirinya sakit kronik berbanding lelaki.

44. Penelitian di Australia, lelaki tiga kali ganda meninggal kerana cancer paru-paru dan penyakit jantung berbanding wanita.

45. Tetapi 2446 wanita meninggal dunia pada tahun 1990 kerana cancer payudara berbanding 16 lelaki.

46. Dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup, tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, 86% pembunuhan dilakukan lelaki, dan 95% penghuni di penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di Endland, anak lelaki mudah dibohongi daripada anak perempuan.

49. Lebih daripada 55% wanita memeriksa giginya secara rutin berbanding 40% lelaki sahaja. Ini menunjukkan wanita lebih berani.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pemakaian yang dipakainya.


Thursday, February 17, 2011

10 Negara Salji Terindah Di Dunia

Bayangkan kalau Malaysia ada salji??..wah, seronoknya, tak payah nak pergi genting highland semata-mata nak main salji. Negara yang mempunyai salji akan kelihatan cantik dan menarik, tetapi boleh juga memburukkan keadaan. Di sini saya akan senaraikan 10 Negara salji yang terindah di dunia.



1. Switzerland
Switzerland atau dalam bahasa latin Confoederatio Helvetica terletak di salah satu negara Eropah Tengah yang berbatasan dengan Jerman, Perancis, italia, Liechtenstein dan Austria. Switzerland adalah negara yang sebahagian besar wilayahnya terdiri dari Pergunungan Alpen. Bahasa rasmi di Negara Swiss adalah Jerman, Perancis, Italy dan Roman.


2. New Zealand
New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di Barat daya Lautan Pasifik yang mengandungi dua pulau besar yang utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan. masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang' atau di dalam Bahasa Inggeris ialah 'The Land of The Long White Cloud'.

New Zealand terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000km (1250 batu) tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji, dan Tonga.


3. Alaska (USA Territory)
Alaska adalah salah satu negara bahagian Amerika Syarikat. Alaska adalah negara bahagian Amerika Syarikat yang terbesar dan paing kaya dengan sumber alamnya. Alaska dibeli oleh Amerika Syarikat dari Russia dengan harga 7.2 juta dollar Amerika.


4. Kanada
Kanada adalah sebuah negara di Benua Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Pada musim salji, negara ini akan berubah menjadi syurga salji kerana pemandangannya yang cantik.


5.Perancis
Perancis secara rasmi dipanggil Republik Perancis, ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis. Perancis juga merupakan salah satu negara yang melintasi Pergunungan Alpen. Jadi tidak mustahil negara ini merupakan negara salji yang terindah di dunia.


6. Norway
Norway adalah sebuah negara Nordik di Semenanjung Skandinavia di bahagian hujung barat yang bersempadan dengan Swedia, Finlandia dan Rusia. Pantainya yang berada di Samudera Atlantik Utara adalah lokasi dari beberapa fyord terkenal.

***Fyord merupakan seperti teluk yang berasal dari lelehan glaciar iaitu tompokan air yang membeku yang sangat tebal dan berat.


7. Iceland
Iceland adalah negara yang sebahagianya ditutup oleh salji tompokan air yang membeku, sebab itu negara ini dinamakan negara Iceland. Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara samudera atlantik.


8. Jepun
Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea, dan Russia. jepun terkenal dengan Gunung Fuji nya kerana Gunung Fuji merupakan gunung yang terindah, ditambah lagi pada musim salji.


9. Sweden
Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scadinavia di Eropah Utara. Negara ini bersebelahan dengan Norwegia di barat dan Finland di timur laut. Negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah, tetapi di sebabkan keindahan alamnya, negara ini menjadi terkenal dan membangun.


10. Korea Selatan
Korea Selatan adalah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Pergunungan di wilayah timur menjadi hulu sungai-sungai besar seperti sungai Han dan Sungai Naktong. Pada musim dingin, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pergunungan salju yang sangat indah.


Jadi, antara 10 buah negara ni, mana 1 yang korang akan pilih?...hm..tak tahu nak buat pilihan yang mana sebab semuanya cantik-cantik... (*__*)

20 Fakta tentang lipas

Tadi kucing, sekarang kita ambil tahu pasal lipas pulak.. Ramai yang tak suka lipas sebab bau dia busuk kan.. Tapi ada beberapa fakta menarik tentang lipas yang seronok untuk diambil tahu..huhu.. So, check it out...



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..Sesuai dengan nama dia..huhu..
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. kalau kita, 1 minit pun dah rasa macam nak mati je...huhu..
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. dasyatkan..
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih.
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. sebelum ni dengar kalau lipas tu terbang, maknenya nak mengawan.tak tahu betul ke tak...
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. Nak try?..huhu..
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya. Sebab tu la lipas sentiasa ada kot...hoho...
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.hm...camne tu?..agak-agak boleh kenal pasti orang yang menipu tak?..huhu..
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya..senang nak cerna makanan dalam perut..hoho...
  14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu. erkk..fikir 2-3 kali nak wat...hehe..
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut. kat mana la lutut lipas tu kan.
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa. Senang kata lipas pemalas..huhu...
Menarikkan?? Banyak rupanya yang kita tak tahu pasal lipas ni..Boleh tak nak kata lipas ni istimewa, sebab takde kepala pun boleh hidup jugak....

20 Fakta tentang kucing


Apakah haiwan yang paling banyak orang bela?? Jawapannya mesti la kucing kan... Tapi tahu tak fakta tentang kucing?...Mesti ramai yang tak tahu lagi kan..
Ok, mari kita tengok fakta menarik tentang kucing.. (^__^)

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.


2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.


3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.


4. Kucig paling kecil di dunia di jumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814 kg.


5.Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.


6.Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti


7.Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.


8.Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.


9.Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.


10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing


11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza


12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.


13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring).


14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki


15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?


16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.


17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.


18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.


19.Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.


20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari


Semua fakta dalam ni tak semestinya betul...mungkin blogger diluar sana ada lagi fakta yang menarik..boleh la share..sharing is caring kan...hehe...

Tuesday, February 15, 2011

Restoran yang menggelikan..

Restoran ni terdapat di Taiwan...Agak-agak korang, nak tak pergi restoran macam ni?...
yang macam mane?..tengok gambar-gambar dekat bawah ni..
.

.

.

.

.

.

.

modern toilet restaurant 001 Restoran Tandas di Taiwan

Ape tu?...

modern toilet restaurant 003 Restoran Tandas di Taiwan

Ape dalam fikiran korang?..huhu..

modern toilet restaurant 006 Restoran Tandas di Taiwan

Ini Restoran tau..bukan tandas...hehe...

modern toilet restaurant 008 Restoran Tandas di Taiwan

Agaknye ni restoran sambil menyelam minum air kot.huhu...

modern toilet restaurant 005 Restoran Tandas di Taiwan

Aiskrim yang sedap jadi tak sedap bila buat macam ni..mati selera terus...

Haha...apa perasaan korang kalau kat Malaysia ada restoran macam ni?..agak-agak ada yang nak masuk tak?...

20 Kasut PELIK Di Dunia

Lepas tengok kasut-kasut ni, fikir-fikirkan la design kasut yang baru ye...hehe...

1. Kasut Ikan


Kesian ikan tu dijadikan kasut..boleh la try ye..huhu...

2. Kasut Gadget


Boleh jadikan jam tido ni... (^__^)

3. Kasut Haiwan


Boleh bawa binatang peliharaan jalan-jalan...hehe...

4. Kasut Gloves


Bukan tangan je ada sarung tangan, kasut pun ada jugak tau..

5. Kasut Tikus


Gelinye..ada ke yang nak pakai...huhu...

6. Kasut Pemandangan


siapa-siapa yang cintakan alam sekitar, boleh la pakai kasut ni....huhu..

7. Kasut Besi


Sekai pakai, terus tak nak pakai dah...sakit kot...huhu...

8. kasut cd player


sambil jalan-jalan boleh dengar lagu.. (^__^)

9. Kasut Kaki


Haha...siap ada bulu-bulu lagi..haha...

10. Kasut diatas kasut


Hm...tak tahu boleh jalan ke tak kalo pakai kasut ni..

11. kasut dua tumit


Ada sape-sape nak?huhu...

12. kasut oppsss....


Macam-macam...huhu...

13. Kasut Kereta


wah!!tak payah penat-penat jalan...guna je roda dia..huhu..

14. Kasut Burung


Siapa-siapa yang ada dinner tema flora dan fauna, boleh la pakai kasut ni....hehe...

15. Kasut Wayar


Macam serupa tak pakai kasut je...

16. Kasut Boxing


Tumbuk orang guna kaki je...huhu..

17. Kasut legging


Jimat..pakej sekali dengan legging..

18. Kasut Pisang


Kalau pakai kasut ni pergi zoo, memang nak cari nahas dengan monyet ni..hehe..

19. Kasut Toe-Less


Kalau nak try, boleh la potong kasut korang...hehe...

20. Kasut Foam Soap


Dah macam kasut recycle je... (*__*)

Dalam banyak-banyak kasut kat atas, mane yang korang berkenan?..huhu...(^__^)