Pages

Kalau anda suka, anda like

Thursday, February 17, 2011

10 Negara Salji Terindah Di Dunia

Bayangkan kalau Malaysia ada salji??..wah, seronoknya, tak payah nak pergi genting highland semata-mata nak main salji. Negara yang mempunyai salji akan kelihatan cantik dan menarik, tetapi boleh juga memburukkan keadaan. Di sini saya akan senaraikan 10 Negara salji yang terindah di dunia.



1. Switzerland
Switzerland atau dalam bahasa latin Confoederatio Helvetica terletak di salah satu negara Eropah Tengah yang berbatasan dengan Jerman, Perancis, italia, Liechtenstein dan Austria. Switzerland adalah negara yang sebahagian besar wilayahnya terdiri dari Pergunungan Alpen. Bahasa rasmi di Negara Swiss adalah Jerman, Perancis, Italy dan Roman.


2. New Zealand
New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di Barat daya Lautan Pasifik yang mengandungi dua pulau besar yang utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan. masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang' atau di dalam Bahasa Inggeris ialah 'The Land of The Long White Cloud'.

New Zealand terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000km (1250 batu) tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji, dan Tonga.


3. Alaska (USA Territory)
Alaska adalah salah satu negara bahagian Amerika Syarikat. Alaska adalah negara bahagian Amerika Syarikat yang terbesar dan paing kaya dengan sumber alamnya. Alaska dibeli oleh Amerika Syarikat dari Russia dengan harga 7.2 juta dollar Amerika.


4. Kanada
Kanada adalah sebuah negara di Benua Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Pada musim salji, negara ini akan berubah menjadi syurga salji kerana pemandangannya yang cantik.


5.Perancis
Perancis secara rasmi dipanggil Republik Perancis, ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis. Perancis juga merupakan salah satu negara yang melintasi Pergunungan Alpen. Jadi tidak mustahil negara ini merupakan negara salji yang terindah di dunia.


6. Norway
Norway adalah sebuah negara Nordik di Semenanjung Skandinavia di bahagian hujung barat yang bersempadan dengan Swedia, Finlandia dan Rusia. Pantainya yang berada di Samudera Atlantik Utara adalah lokasi dari beberapa fyord terkenal.

***Fyord merupakan seperti teluk yang berasal dari lelehan glaciar iaitu tompokan air yang membeku yang sangat tebal dan berat.


7. Iceland
Iceland adalah negara yang sebahagianya ditutup oleh salji tompokan air yang membeku, sebab itu negara ini dinamakan negara Iceland. Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara samudera atlantik.


8. Jepun
Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea, dan Russia. jepun terkenal dengan Gunung Fuji nya kerana Gunung Fuji merupakan gunung yang terindah, ditambah lagi pada musim salji.


9. Sweden
Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scadinavia di Eropah Utara. Negara ini bersebelahan dengan Norwegia di barat dan Finland di timur laut. Negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah, tetapi di sebabkan keindahan alamnya, negara ini menjadi terkenal dan membangun.


10. Korea Selatan
Korea Selatan adalah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Pergunungan di wilayah timur menjadi hulu sungai-sungai besar seperti sungai Han dan Sungai Naktong. Pada musim dingin, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pergunungan salju yang sangat indah.


Jadi, antara 10 buah negara ni, mana 1 yang korang akan pilih?...hm..tak tahu nak buat pilihan yang mana sebab semuanya cantik-cantik... (*__*)

No comments:

Post a Comment