Pages

Kalau anda suka, anda like

Thursday, February 17, 2011

20 Fakta tentang lipas

Tadi kucing, sekarang kita ambil tahu pasal lipas pulak.. Ramai yang tak suka lipas sebab bau dia busuk kan.. Tapi ada beberapa fakta menarik tentang lipas yang seronok untuk diambil tahu..huhu.. So, check it out...



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..Sesuai dengan nama dia..huhu..
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. kalau kita, 1 minit pun dah rasa macam nak mati je...huhu..
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. dasyatkan..
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih.
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. sebelum ni dengar kalau lipas tu terbang, maknenya nak mengawan.tak tahu betul ke tak...
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. Nak try?..huhu..
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya. Sebab tu la lipas sentiasa ada kot...hoho...
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.hm...camne tu?..agak-agak boleh kenal pasti orang yang menipu tak?..huhu..
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya..senang nak cerna makanan dalam perut..hoho...
  14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu. erkk..fikir 2-3 kali nak wat...hehe..
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut. kat mana la lutut lipas tu kan.
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa. Senang kata lipas pemalas..huhu...
Menarikkan?? Banyak rupanya yang kita tak tahu pasal lipas ni..Boleh tak nak kata lipas ni istimewa, sebab takde kepala pun boleh hidup jugak....

2 comments:

  1. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut. kat mana la lutut lipas tu kan.

    dia sorok kot buat sparepart..hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..pandai je la...nasib baik die takde kepala spare part..bile putus kepala, ada lagi 1 kepala...huhu..

    ReplyDelete